Monday, June 12, 2017

How ?

My former student asked me this earlier,
"Weh, nak tips masuk Uni." 
(I was once a Tutor, I did tell kan ?)

My response was simply...
"Baca Bismillah. Masuk langkah kanan."

Lepastu dia marah. Haha. I continued, (voicenote)
"Nak tips apa ? Masuk jela. Kau kan pernah duduk asrama. Tak jauh beza pun.
I bet kau mesti dah baca macam2 tips all over the net pasal nak masuk uni ni, so you don't need anymore from me. Tapi kalau nak tanya apa-apa tanya lah."


....

"Haha. Hmm, okay. Thanks 'akak'." 

• • • 

But that left me with a sense of-- as if I was owing him something...

________

Wanna read my story ?

I never kept a dream to study overseas. I didn't apply any scholarships or anything, sebab malas nak get worked up cuz rasa cam mmg taklayak punya nak dapat. (okay yang ni bungok, jangan ikut. apply je k. don't be stupid.) I didn't dream a lot, neither do my dreams were big. But for sure, I will enroll to a public university. I never imagined how would it be if that doesn't come true. Well Alhamdulillah, at least that dream was granted. Not a field I wanted, not at a place I dreamt for, and worse for me, I had to go there alone. Damn. Haha. I know I will survive anyway. But how ?


Ini bukannya tips bernas masuk universiti.
This is simply what I've gone through, and how I did it.
Baru setahun hidup sini, I'm not yet qualified to provide such tips lol.


Orang kata yang paling penting pilih kawan. Ask me, I'd tell you, adalah lebih penting macam mana kau bergaul, dan macam mana kau jadi kawan. Okay, ada orang yang baru jumpa kawan sebenar dan keseronokan sebenar berkawan bila kat uni. If that so then, Alhamdulillah. Tapi bagi aku, nak percaya orang baru ni susah, and it's a given aku dah jumpa kawan yang betul-betul punya kawan (insyaAllah), waktu life sekolah. So zaman sekarang ni WhatsApp kan ada. Kawan dengan classmates je pun dah cukup. Well, I name that as acquaintance, not really kawan. *tutup mulut* Bagi aku takperlu pun kau desperate sangat cari real friends kat uni ni. Sumpah penat, bersedia untuk rabak banyak kali. Haha, tu yang jadi kat aku lah. BUT AGAIN, kalau jumpa, APPRECIATE. Jangan jadi kawan yang perangai sampah. Nak orang buat baik kat kau tapi asyik nak ikut kepala kau je. Only take as much as you can give. Fikir dulu, apa yang kau mampu bagi sebagai seorang kawan. Berkawanlah baik-baik. In dealing with people you can't love nor trust, you need to at least have mutual respect. Respect others, and be respectable. For yourself.





Lain orang, lain life. Lain jenis situasi yang dia hadapi. Sebabtu I initially said, tips tu tak perlu. Sebab all tips are only effective if they are applicable. Jangan outspoken sangat, only speak what's necessary. Observe banyak. Sebab society pun sedang observe kau. Jangan jadi orang yg too obvious, takut kau senang kena fool nanti. Jangan senang cair dengan orang yang baik. Percayalah, orang yang baik ni banyak. Baik melayan, ahaha. Yela orang nak influence kau, ada ke yang nak layan tak baik ? Haha. Aku cite antara history buruk aku, kena try dengan sorang mamat cina. Dia cam banyak la tanya pasal islamic lifestyle kat aku. Paling epic dia pernah send audio lagu zikir Heliza Helmi kat aku hahahah. Allahu. 😂 Lagi satu, kena try dengan sorang ni. Dia macam nampak ah muka nakal dia, tapi baik je cakap pe smua so aku cam okay jela. Tapi takde apa pun, dia selalu start conversation topic yang tak relevan/menarik, so aku jarang reply. Last2, aku dengar cite dia take drugs. Fuh. Mindblown gila aku rasa. 😅


Creepy tak ? Haha. Bagi aku creepy. Tapi em aku tak pernah layan pun. Bukan choosy atau taste tinggi ke apa, tapi orang kat sini tak menarik la. Haha. Siap ada yang pernah tanya, 'kau ada nafsu ke tak Mayna?' Pfft. Anyways, percayalah. Nak cari orang baik, cari yang jaga solat je. Waktu solat dia gi surau. Kalau lunchtime terhad, dia pilih solat daripada makan (unless dia period). InsyaAllah orang tu kau boleh percaya. Memang la, tak semua orang yang solat tu baik. Tapi kalau orang tu baik, KONFEM dia solat. Doa la Allah jumpakan kau dengan orang baik-baik.




Pasal groupwork, Alhamdulillah so far aku tak pernah ada masalah apa-apa. Assignment semua submit on-time. Takde kes groupmate tak reply wassep la bagai. So nothing much to say. Aku selalu takut aku yang jadi orang paling bermasalah dalam group. 😅 Sebab aku kuat procrastinate sikit. Huhu. Tapi kerja aku kemas hehehe. Aku ingat lagi, ada sorang mentor aku dalam Sahabat YADIM dulu pesan time aku mula-mula masuk uni, kalau kerja kumpulan ke apa semua, utamakanlah kawan sejantina. Kiranya macam, still kena jaga pergaulan, jangan jadikan alasan. Ye betul, syaitan banyak bila kerja kumpulan laki perempuan ni, haha. Tapi aku takmampu nak taat pesan dia yang tu. Sebab depends jugak, kadang-kadang memang classmate yang lelaki tu lagi boleh pakai dari yang perempuan. Kalau dah member yg sejantina tu kau tau buat kerja hampeh, kenapa nak susahkan diri sendiri ? 😪 Tapi kepala hotak kau kena betul la. Buat kerja buat la elok elok. Takpayah nak flirting pebenda smua. Jaga la sikit, hehe.




Tapayah try-try skip kelas. Kuota 3 pun, have some pride la. Kau buat apa je takpegi kelas do. Tidur ? Haha. Lempang kang. Pesan kat dalam diri tu, "kalau aku skip kelas, takde sape boleh tolong explain balik lecture yang aku ter-miss tu." Classmates university ni bukan semua boleh pakai, and bukan all the time boleh percaya. Kalau memang boleh percaya pun, jangan la terlalu dependent kat orang. Be bright in academics, faham betul-betul, gila-gila punya usaha untuk fahamkan, then you'll see, orang yang akan cari kau. Ha time tu jangan malas-malas nak ajar. Ajar orang ni best au. Kau save revision time. Dah ajar dia tu kira kau dah revise la. Tapi jangan pulak terhegeh-hegeh layan request orang mintak ajar sampai esaimen kau terabai. Pandai-pandai buat deal. Kau ajar dia, pastu esaimen dia buat, kau usha sikit-sikit. AHAHA. Em, esaimen jangan berkira sangat. Tapi jangan pulak pemurah sangat. Kau ingat je, kerendahan carrymark orang lain takkan jadi faktor kejayaan kau. Dia hilang berkat sebab meniru, kau takde hilang apa. TAPI JANGAN BERANI SEND A COPY OF FILES SEBIJIK KAT DIA. Sekali kantoi kat lecturer yg strict, cari nahas la kau. Dah pesan banyak kali kan, jangan percaya sangat kat orang. Bukannya meletakkan 1001 keraguan pada orang, cuma kau jangan jadi easy. Be super cautious.




Ohya, JANGAN BUANG MASA LAYAN PAGE CONFESSION ! 😑 Sekali sekala takpelah just to keep yourself up-to-date. Tapi hm, lagi banyak takpenting dari yang penting dalam tu. Tapi taktaulah kalau ada uni yang site confession dia memang super informative. Itu takpelah kot, haha.




Ini untuk early-stage je. Cukup ah ni kot. Cerita lebih-lebih kang masak aku. Ahaha. Ingat, kat uni ni la survival skill kau akan keluar sendiri. Takpayah nak train sangat. TAPI, kena pandai buat decision sendiri, bukan asyik mintak tips dari orang. Kena matang, takleh ngada-ngada dah.


Pandai set limit untuk diri sendiri.
Be pleasant tapi you must know when to say NO.
Ikut orang tapi jangan sampai terikut-ikut.

Dalam process follow the flow kau kena banyaaaak analyze. Supaya lepastu kau reti buat flow sendiri.


Cari orang yang kau percaya sebab tahan emosi sorang2 ni memenatkan. Don't get worn out. Well yeah, orang yang aku percaya jauh dari aku tapi takpelah, handphone ada kan ? Ha, jaga hubungan dengan parents kalau ada lagi. Contact jangan jarang-jarang. Takkesah la simplest wish pun, yang memang nampak sangat tak ikhlas pun, yang sampai Ibu pun bluetick malas nak layan pun, tapi send je. WhatsApp free je kan. Yang penting drop a note. Mintak doa. Kadang-kadang bukan doa kita yang maqbul. Doa Ibu Ayah kat rumah tu yang Allah sentiasa kabulkan. Hihi.



To cut short, buat rilek je. Only trust yourself, and Allah.
Amal ibadah jaga. Solat molek, ngaji jangan tinggal.
Pastu kau doa je.
Percaya dengan kuasa doa pada Allah.


Sekian. Wassalam.




hestek #maynaconcern ecewah

Monday, June 5, 2017

quick unnecessary post.

bismillah.
semester 4 starts today.
it's monday and supposedly i have class at 8am but i insisted taknak balik semalam, so i'm still here at home.

then pagi tadi classrep cakap kat group,
class cancelled.
my instinct was right, hehe.
(alhamdulillah tak cemar rekod ponteng kelas)

something is wrong with me. i don't know where, and why.

rasa macam sendu betul nak balik kalini. mungkin after-effect daripada result sem 3 yang tak berapa memberangsangkan. my pointer dropped, banyak weh. yet alhamdulillah thankfully masih dL.

it was a short semester and proven la yang aku memang taksuka nak rush² belajar ni. semput betul kejar deadline, sebab satu subjek smpi 6 credit hour so takleh pick which to concentrate on and mana yg boleh rilek sikit. (pft, buruk betul alasan)

anyways, i'm having this off-feeling. entahlah, sem 4 kot. mestilah best, dah ada junior etc.. tapi rasa macam, aish entahlah. ada not-so-good feeling abt this.

i hope i'll do well, behave well, balance commitment elok², and semua la yg baik baik. i have to constantly remind myself sebab no one is gonna do that for me. hmm tapi tulah, risiko betul. 😐

i also have a bad feeling pasal housemate semester ni. em, nothing is wrong with them. it's just me. but this is quite unpleasant sebab i'll be home all the time except for classes and meetings, (bukan jenis melepak luar) so if the house's environment is stuffy, i'll be totally screwed then. huhu.

ahhh aku rasa aku banyak sangat fikir la tu yang tak hilang nervous ni.
....tapi kenapa nervous maynaaaaa rilek laaa ! 😩

hm. okay. not helping.

i just hope i'll do well, and live well. iman, amal dan tsiqah terjaga. and wrap this fourth semester nicely. (fuh baru first day dah berangan nak wrap up. haha.)

..................


i'll be fine. insyaAllah.
sape baik tolong doakan Mayna eh ? 🙂
jazakumullah khair.

assalamualaikum.